Students failing a module, and who need to complete a coursework component, must make contact with the relevant lecturer.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Course Name (English) VALUES AND CIVILIZATION II
Course Code CTU554
MQF Credit 2
Course Description Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran).
Transferable Skills 1. Penghayatan etika dan peradaban

2. Etika dan moral sosial.

3. Pembelajaran berterusan dalam pengumpulan dan pengurusan maklumat
Teaching Methodologies Lectures, Case Study, Discussion, Presentation, Role Play
CLO
CLO1 Menjelaskan konsep etika dan peradaban dalam konteks penghayatannya mengikut acuan Malaysia.
CLO2 Menganalisis sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan merentas etnik.
CLO3 Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban.
Pre-Requisite Courses No course recommendations
Reading List
Recommended Text
  • Ruslan Hassan, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar & Azmul Fahmi Kamaruzaman 2020, Kefahaman Nilai Etika dan Moral Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan Literatur., Vol 21 Ed., MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, UKM Bangi [ISBN: 1511-8398]
  • Sathish Rao Appalanaidu 2018, Pertimbangan Moral Dan Motivasi Pelajar Dalam Pendidikan Moral, vol 8 no 2 Ed., Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education T.tp [ISBN: 2550-1771]
  • Mohd Sani Badron & Nor Hartini Saari 2017, Kepimpinan dan Amanat Peradaban, IKIM K. Lumpur [ISBN: 9789832718406]
  • Sri Hudiarini 2017, Penyertaan Etika Bagi Masyarakat Akademik Di Kalangan Dunia Pendidikan Tinggi, vol. 2, no. 1 Ed., Jurnal Moral Kemasyarakatan Ttp
  • Harari, Y.N 2017, Homo deus: A Brief History of Tomorrow, Harper Collins Australia: Harper Collins.
  • Mitchell, H.B 2011, Roots of Wisdom: A Tapestry of Philosophical Traditions, 6th edition Ed., Cengage Learning Wadsworth
  • 2020, Tadabbur 30 Ayat al-Qur’an Membangun Peradaban Islam, Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah Ttp.
  • Shamsul Amri Baharuddin 2016, Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua Ed., 9, Institut Kajian Etnik, UKM Bangi [ISBN: 9789671091401]
  • Baharom Kassim et al 2020, Pemberdayaan Jaringan Strategik Ummah, 5, Persatuan Ulama Malaysia Shah Alam [ISBN: 9789832306429]
Reference Book Resources
  • Rizem Aizid 2018, Sejarah Terlengkap Peradaban Dunia., Noktah Gramedia Indonesia [ISBN: 9786025781018]
  • Nurulwahidah Fauzi, Wan Nur Amirah Wan Mohd Sabri. 2017, Peradaban Islam Di Asia Isu Sejarah, Pendidikan Dan Sains Sosial, USIM Press Nilai [ISBN: 9789674403379]
  • Dr Ahmadin 2020, Sejarah Peradaban Islam, Prenadamedia Group Indonesia [ISBN: 9786232185890]
  • Faidh Kasyani 2019, Etika Islam Menuju Evolusi Diri, Sadra Press Iran [ISBN: 9786029261486]
  • Mohd. Farid bin Mohd Shahran, Wan Roslili binti Abd. Majid 2019, Al-Quran dan Peradaban, IKIM K. Lumpur [ISBN: 9789832718727]
Article/Paper ListThis Course does not have any article/paper resources
Other ReferencesThis Course does not have any other resources